Search This Blog

Saturday, 25 November 2017

Pengalaman Pemilihan Pegawai Kadet Graduan 1/2018


assalamualaikum dan salam sejahtera..

nota kecil: post kali ini just nak share pengalaman saya pergi temuduga. Hope dapat bantu sikit sebanyak yg mungkin first time nak pegi iv nie, sbb tak byk entry pasal iv ni.. ok jom..!!

status permohonan

Alhamdulillah syukur saya diberi peluang kedua untuk ke pemilihan pegawai kadet graduan ni, actually yg first saya dapat tawaran but tak pergi sbb BMI tak lepas.. hehe..

P/S:boleh ke link nie untuk daftar or nak semak status jom masuk tentera

ok just nk tambah sikit, entry sebelum ada saya story pasal diet kan.. jdi makna nya saya dh dpt achieve berat badan yg ideal, alhamdulillah, meh saya payung gambar sikit..
ambil masa 2 tahun jugak lar dari 117 kg ke 69 kg

ok baik seterusnya sebelum nk pegi pemilihan ni korang kena lar download document yg disuruh dan follow je apa yg dorang suruh buat and bawak.
fitness pun penting, jadi prepare lar ye.. satu je pesan jgn lar cepat mental rabak..

setiap tahun berdasarkan pemerhatian dan kajian saya di blog2 lain, ada je kelainan dari segi penjadualan aktiviti harian dan juga tempat pemilihan tersebut.

macam tahun ni semua calon semenanjung dikehendaki berkumpul di Malbatt Village Port Dickson (jgn google korang tak jumpa punya army base camp ni)


Pintu Gerbang



Hari Pertama (Isnin)

0800: ok.. nervous jgn tnya lar mcm mna, tambahan yg bakal calon seramai 600 org, terasa diri ini kerdil sgt... haha.. ada yg sado, fit, tinggi.. jauh lar nk dibandingkan dgn aku.

ok calon dikehendaki berkumpul di surau untuk diberi taklimat ringkas bersama waris. kemudian calon hendak lar beransur ke pusat pemilihan siap semua barang, manakala waris dibenarkan tunggu sehingga tgh hari di situ atau hendaklah berada sekitar port dickson atas tujuan jika ada penyingkiran awal berlaku.

tempat berkumpul calon dan waris

0830: sesi penyemakan dokumen, baik disini dah ada yg kena balik atas faktor dokumen penting yg tidak dibawa atau mungkin tidak melepasi kelayakan yg ditetapkan.

HANGAR pelbagai guna.. haha.. *tempat yg bakal mnjalankn pelbagai aktiviti

ni lar no id yg korang akan dapat

sebaik sahaja selesai pendaftaran, calon akan diberi no id utk dipakai sentiasa sepanjang permilihan berlangsung.. jgn lar tinggal ye kawan2 penting sila bawa kemana saja.
seterusnya calon akan ke saringan awal pemeriksaan kesihatan.
  • BMI(Body Mass Index)
  • mata (color blind & rabun)
  • blood pressure
  • ukur lilit dada
  • telinga


saat ni pun ramai jugak yg tak lepas, alhamdulillah aku masih terselamat,okay lepas tu kna tukar pakaian sukan then isi borang utk ke full body medical check up. naik truck 3 tan pegi ke clinic askar, jauh lar jugak..

sampai je check dental, dan sign cop oleh doctor then proceed ke check kaki sama ada bengkok ke flat foot ke, dalam kes ni sapa yg flat foot tiada kompromi, terus tersingkir.. ni yg paling takut sbb tak pasti kaki ni flat foot ke tak.. alhamdulillah lepas jugak.

terus ke kawasan rumput utk aktiviti pemanasan badan yg ada jugak mental yg rabak tarik diri. so tolong kuat kan diri mental dan fizikal. sewaktu pemanasan badan ni boleh tahu lar seseorang tu ada penyakit apa, sbb lpas pada tu terus kena lari masuk jumpa doctor utk full body check up. 

bab yg ni malu kena tolak tepi sbb apa, korang yg dtg untuk iv nie so nak tak nak boleh terus kan atau tarik diri. ok terus masuk 10 org satu pintu, yg lelaki dan perempuan mestilah diasingkan.. cuma lelaki ni ikut lar nasib nk di check oleh doctor laki ke perempuan. sebaik saja masuk bilik tu, kena tanggal semua pakaian kecuali seluar dalam , boxer etc. kat sini doctor akan berikan arahan so ikut ja, dorang nk tgk ada buasir or angin pasang ja. kat sini pun ramai yg tersingkir. alhamdulillah selamat dan lepas.

jika ikut tentatif, ambil masa 2 hari untuk selesaikan semua medical checkup ni sbb intake kali ni ramai kan. jadi aku settle semua first day, second day tunggu bdk2 lain habis kan medical check up.




Hari Kedua (Selasa)

Baik masuk je second day, yg dah settle medical check up kna buat urine test, dan tunggu sampai semua calon yg lain selesai. petang bersurai utk mkn mlm dan solat.

Pada malam hari ada 2 ujian, iaitu personality test dan ujian pengetahuan am(yg dlm tentatif hari khamis) jdi mmg aku tak brapa nk prepare lar, sbb aku ni jenis last minit study baru masuk.. soalan dia ada yg susah ada yg senang, 60 soalan, 4 bahagian, A. pengetahuan am tentera, B pengetahuan am malaysia, C. pengetahuan am serantau dunia dan D. pengetahuan sains dan sukan.

tamat je jawab semua soalan, sesi check dokumen, dan mlm bersurai (set mental betul2 ye, sebab korang mmg tak akan cukup tidur..hehe)



Hari Ketiga (Rabu) Hari Sukan Sedunia

gerak ke garisan permulaan

baik, hari ni aktiviti yg sangat padat... haha siap kan mental and fizikal ya. 

0800 berkumpul depan hangar dan lapor kekuatan, yg lambat kena, yg awal pun kena sbb apa satu skuad kan.. tpi dpt info berkumpul 0800 tpi jengok ikut balkoni ramai dh kumpul jam 0730 siap tak breakfast lagi ni. dn untuk info semalam dh di pesan kna habis kan minum air 1.5 liter.. aku tak beli pun sbb ada lagi baki air kat bilik, disebabkan kalut air setitik pun aku tak minum pagi tu.. jawapan dia padan muka..hahah..

dah settle lapor kekuatan, semua dikehendaki slow jogging ke garisan permulaan larian 3.2km, tpi jarak nk ke sana pun cukup buat kau peluh.. haha.. then sesi PT (physical training) bermula.. warm up lar katakan.. pegawai2 kat situ pesan org yg paling korang akan benci bila terpilih utk GO (graduate officer) ni adalah dorang.. disebabkan aku dh prepare mental and fizikal so takda lar terkesan sgt.

sebaik selesai tiupan wisel mula, requirement dia jarak dia sama 3.2 km tpi bgi lelaki kna bawah 18 minit, perempuan bawah 20 minit.

nk dijadikan kisah.. dalam ramai2 aku diantara org yg berada dlm barisan belakang sekali.. so permulaan yg agak lambat sbb ramai kan masa pulak diambil sama seperti org barisan hadapan. hurmm.. dan kebiasaan aku lari dgn rentak beat music berkumandang dalam telinga, tpi kali ni aku lari je.. so terikut ikut org nk lari laju.. selamat aku cepat sedar.. so cari balik beat aku.. ada yg betul2 fit sampai ke garisan penamat bawah 15 minit.. power2.. aku sekadar dpt buat 19.07 minit ok lar ada ramai lagi kat belakang.. 25 minit pun ada... dan agak malu bila ada sorang perempuan dgn selamba potong aku dn achieve masa 18.20 minit..huhu.. tpi selepas beberapa hari aku tahu rupanya dia athlete sukan sea 2017(takda lar malu sgt) salut dia.

 nota: bila ada je bnda korang tak lepas dia akan tolak merit kau sikit bergantung berapa lama masa yg diambil.

sebaik sahaja selesai, dibahagikan kumpulan sebelum ni, tpi masing2 dh berkecamuk, aku pun masuk jelar group 2, sepatutnya ada 15 org jdi 9 org ja.. hahah..ni ujian kepimpinan kena lari jugak dlm 1.5 km tpi sambil bawak bebanan dan rempuh halangan.. byk lar fasa dia.. janji teamwork dan semangat. mmg habis baju sukan kau berselut.. aku basuh pkai clorox tak kluar2.. haha..

selesai siap kan diri dn prepare utk test ptg tu public speaking dan malam ujian IQ dan ujian merancang. public speaking dorang buat ikut keadaan disebabkan ramai, dorang buat mcm discussion, sekali 15 org.. topic random dorang bagi.. tpi korang waktu ni jgn terlampau outstanding sampai tak bgi chance kt org lain ckp ( korang akan kena cut dgn pegawai tu) dan jgn lar tak ckp plak sbb nnt pegawai tu akan tnya korang plak.. bgi aku time ni aku rasa alhamdulillah.. sbb dpt bgi point dan buat conclusion yg berkaitan dgn topic.. sbb nk bagi point byk masa tidak mengizinkan.

malam buat ujian IQ boleh lar tgk contoh soalan dalam google, aku dh pernah buat soalan2 mcm ni.. yelar dah byk iv aku pegi.. haha.. (beranikan diri utk pergi mana iv sbb byk bantu build up confident level atau pun kerja je starbucks sbb aku entitle as manager so kena byk berurusan dgn org atasan buat coffee testing bagai.. jdi byk build up diri aku in presentation skill. ujian merancang senang ja.. basic math, tpi kena faham kan soalan.. salah permulaan habis semua salah.. so good luck ye.


Ucapan semangat sebaik selesai test semua




Hari Keempat (Khamis)

Ramai candidates Air Force

hari ni ada test utuk air force ( tak pasti nama apa Aptitude Test), tpi aku tak amik sebab mmg tak minat (pilihan ke 3 hehe), test ni utk jadi pilot.. so dorang akan ajar then test.

lama jugak lar budak2 yg lain ni tunggu sambil pegawai lain dri Tentera Darat share dorang punya experience dalam ATM, sepanjang 5 hari (jika lepas lar) korang akan mengantuk gila2 punya tpi muka jgn tunjuk letih or mengantuk takut kena jemur tgh panas.. haha.. bukan sorang tau semua sekali kena. then ptg sembang2 sikit, makan solat mcm biasa.

malam ada mock iv utk temuduga awal.. dan persiapan borang semua lar, dan susunan giliran kumpulan utk masuk ke temuduga awal ( aku org first masuk jdi kena greet and command, good morning sir, permission to enter sir! tq sir) ada lar sequence dia. before iv ni better korang prepare lar apa info yg patut, mcm aku kan jenis last minit study, mlm tu balik letih trus tidor pukul 1 lebih, bgun sorang2 pkul 5 pgi study depan toilet. haha..

 nk bgi tips utk iv ni.. sbb tiap tahun lain2 ragam dia. jdi siap sedia je lar, kalau boleh prepare lar jika dia tnya "WHY do you choose an air force, navy or army? jgn lar jawab sbb minat ja, spesifik kan sikit, contoh pilih navy sbb "i do love to be part with navy in submarine system ke apa ke, so kau dh kecil kan scope, dorang akan tnya base on submarine je lar. harap membantu.

Mock IV oleh calon Medik ( dorang ni spesial sikit)





Hari Kelima ( Jumaat)

baik, dipendek kan cerita seramai 600 org yg dtg di hari pertama, yg tinggal hnya 198 org ja plus minus, semua selesai iv sebelum solat jumaat, dan lelaki yg beragama islam naik lar truck 3 tan g masjid sembahyang, berhimpit pun takpa lar janji muat, kau nk peluk kaki kawan ke apa ke dh tak kisah dh masing2 sbb semua kawan2 jugak. 

sebaik pulang kami mkn tgh hari dan kemas bilik. berkumpul utk dipulang kan dokumen asal dan ic masing, keputusan mungkin diumumkan pada bulan 12 atau bulan 1, sbb baki calon akan dibawa ke temuduga tiga khidmat, yg tu kita punya profile je yg pegi dan result2 test. insya allah kita semua dah cuba buat yg terbaik, cuma doa dan tawakal je.

harap semua terpilih utk menjalani latihan 9 bulan di tempat pilihan masing2, saya buat pilihan pertama as a navy.. moga ada rezeki saya kat sini, sbb ni permilihan iv pegawai kadet graduan pertama dan juga yg terakhir sbb umur dah limit.. haha.. dan aku bersyukur ke hadrat ilahi sbb berjaya diberi peluang sampai ke hari terakhir. 


ni selepas buat full medical check up
 sesi susunan dokumen
 menunggu  untuk urine test
lengkap kan borang apa ptut




akhir kata, aku akan cuba sedaya upaya untuk jawab persoalan korang semua insya allah, dan sesiapa yg terbaca blog ni doa2 kan aku berjaya insya allah, dan info yg aku bagi sedikit sebanyak dapat membantu korang utk ke pemilihan pegawai kadet graduan 1/2019 nnt insya allah, boleh lar slalu jengok ke portal link yg saya bgi tadi utk semak untuk pendaftaran baru.. tiap2 tahun ada bukak.. dalam bulan 7 boleh daftar, layak ke tidak bulan 10 boleh check dan insya allah bulan 11 ke temuduga. 

maaf lar ye kepada tuan/puan empunya gambar berkenaan.. harap halal kn ye.. ini utk tujuan perkongsian ilmu buat pedoman.. takda nk jual2 pun..

insya allah saya akan trus updated ye seterusnya..
boleh follow saya di Instagram utk direct message lebih senang di link bawah ni..

Wednesday, 2 August 2017

Diet atkins plus workout

Hai guys lama tak updated blog ni.. berabuk dah...heheh.. well.. regarding on my previous entry berkaitan diet.. dgn gambar yg gemok tu... Ni saya dh berjaya alhamdulillah.. tak byk perubahan.. tpi masih on diet.. hehhe...
Alhamdulillah berkat usaha saya nk kurus bukan apa.. untuk diri saya sendiri jugak.. saya faham sgt perasaan org gemok ni sebab saya pun berada dlm group obesity tahap 3.. Rasa rendah diri, rasa dipinggirkn, rasa tak confident, susah nk cari pakaian, cepat peluh tak selesa, naik kereta selalu duduk dpn seat passenger, leher hitam, suka jauhkan diri, cepat penat, dpt nama timangan mok, montel,bob muka kita nmpak happy sbb org panggil kita mcm tu.. tpi dlm hati allah je tahu bertapa pedih nya.. dan mcm2 lagi.. huhu.. sedih kn.. jgn risau buat kawan2.. saya guna term "gemok" utk bgi semngat kat kawan2.. dgn ini lar saya berjaya convert perasaan geram n sakit hati ke motivasi membina.. insya allah..
Ok meh saya cerita mcm mna flow saya buat.. sama mcm previous entry,
Diet Atkins
1.Pagi telur rebus..
2.Tgh hari lauk ayam ke ikan ke..
3. Petang sup atau tomyam..
4. Banyakan air masak n minum green tea..
workout..
30 days challenge
Tiap2 hari
100 push up
100 sit up
100 squad..
saya tgh buat sekarang..
jogging tiap hari saya akan lari 4.4km 10 laps dekat tempat saya..
Sbb saya buat ni bukan apa sbb insya allah saya dh ada target untuk join pegawai kadet graduan hujung tahun ni..
Doa kan ye...
Still on diet and workout sbb nk achieve normal bmi n ada fitness utk lari 3.2km below than 18 minutes as required to joining the squads.. insya allah..